Pages

Wednesday, March 9, 2011

Musibah atau Apa?


Welcome to March,
walaupun dah hari ke-9 dah pun bagi bulan MARCH ni. Pagi2 lagi aku dah "ngereco" atau dlm bahasa melayu nya, "Meroyan" (tapi aku xdala sakit mental tu, lagi waras ni!), dgn kata lain nya, aku bising2 dgn kehidupan aku apabila bermulanya bulan MARCH ni. Patutkah aku salahkan bulan MARCH? Aku x cukup bertuah untuk bulan MARCH,betulkah? Bukan apa adik2,kakak2, abang2, pakcik2,makcik2,datuk2,nenek2,bapak2, dan mamak2 sekalian, mok dgr cerita tak kenapa aku "meroyan"? Marilah datang dekat2 kita sembang2 pasal alkisahnya kehidupan seorang perempuan, iaitu AKU,di bulan MARCH yang mulia ini. Kehidupan aku baik2 saja, sihat? Haisshhh, terlampau sihat ni (dah obese). Cukup makan dibagi PAMA. Cuma kehidupan aku pada permulaan MARCH ni x begitu baik, ada cubaan, halangan, onak duri, puting beliung menimpa kehidupan aku yang sekadar budak praktikal yg blum ada punca or mata pencarian untuk menampung kehidupan aku di kotaraya yang bernama KUCHING ini. Sebagai seorang pelajar, aku mmg bergantung sepenuhnya dgn pinjaman (PT***) dan PAMA( Bapa & Mak) untuk membiayai kehidupan aku, memandangkan aku xda dibagi elaun sepanjang menjalani praktikal. Mmg satu cabaran bagi seorg pelajar seperti aku. Semuanya bermula dari bulan March bila aku mula meminta duit dari family ku untuk menampung sewa rumah, (previously mmg aku la yg bayar sementara duit pinjaman masih ada, skrg dh pokai). Gigi pula buat hal, geraham besar pecah (duit lagi), minta lagi duit tu. My Tyson, my baby pula perlu diserviskan pada 13/3/2011 ni, so kena standby RM200. (Duit lagi). UNEXPECTED BUDGET, aku kena SAMAN pada 7/3/2011, bila balik rumah untuk makan tghri (x mampu makan kat luar,cadang nak makan MAGI tghr tu), jadinya aku LUNCH untuk hari tersebut berjumlah RM300 (Byran utk saman). Aku report dgn bapa berkenaan dgn kejadian yg menimpa aku. Macam biasa seperti dalam jangkaan aku, aku kena BOM. (Meletup2 mcm Firework mungkin kemarahan bapa kat Bintulu sana, entahla, x nampak dari Kuching sini). Siap nak tarik balik kereta lagi tu. T.T . Marah2 juga, aku tetap anak kesayangan bapa, dia bank-in la duit kat PBank. Sori Bapa, aku anakmu yang nakal dan manja ini amat memerlukan pertolonganmu. Aku kerja nnti if ada rezeki, aku akn tanggung korg dua, org tuaku. Aku pula mengeluarkan wang dari Pbank dan bank-in semula ke BIMB,bagi memudahkan aku berurusan secara online nnt, tapi lain pula jadinya. Musibah lagi menimpa diriku. Wang yang aku bank-in kan semalam, 8/3/2011, xda dalam rekod BIMB, haiiisssshh! Apa lagi dugaanku ini? Duit tersebut ada lah persiapan untuk Tyson diserviskan. If aku bagitau bapa hal ini, kemungkinan aku akan dibuang negeri. Oh,NO! SosiAL hari ku, bila aku mengenang semula kejadian yang menimpa diriku. Aku takut apa lagi musibah yang bakal menimpa diriku. Lebih baik aku kurungkan diriku di rumah saja. Aku kebingungan. Ini benar2 menguji kesabaran aku akan erti kehidupan di dunia luar. Masalah-masalah yang berlaku dalam hidup aku, aku harap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sekian.




Muka aku yang amat tension!


ME SAY...PEACE!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...