Pages

Monday, January 6, 2014

Welcome to 2014

Selamat Tahun Baru 2014!

Apa azam korang? Moga cepat kaya? Makin cantik? Makin Sihat?..... Well, well, well.... Tak salah memasang azam tapi jangan sampai jadi kasam sudah. Faham maksud "kasam"? Maksudnya pasang azam, tapi x sampai mana pun azam tu. Jadilah macam budu disimpan dalam bekas/botol. Ya la, azam tu jgn la minta yg bukan2 kan? Berazam mesti datangnya dengan usaha. U.S.A.H.A! Ya. Usaha. Harta x datang bergolek2 sendiri kalau bukan diri sendiri yang usahakan. Mahu kaya, kerjalah kuat2, plus bijak ok! Begitu juga kalau nak cantik, usaha juga tau. (ehem.. mesej ni saya tujukan kepada diri sendiri uolllss)...

Okay2. Suka dan duka tak pernah kurang tau untuk memaniskan perasa kehidupan aku. Gembira dan sedihnya sesuatu peristiwa kita harus terimalah, dan bolehlah kejadian ini tadi menjadi suatu kenangan yang boleh mematangkan diri kita sendiri. Kalau tak berlaku dalam kehidupan kita sendiri pun, kita boleh buat teladan tau kisah hidup orang lain, x semestinya berlaku ke atas diri sendiri baru rasa nak sedar diri langit tu tinggi ke rendah.

Ni aku nak recap la apa pencapaian aku sepanjang tahun 2013.

1. Wang ringgit (/)
2. Harta benda (/)
3. Perhubungan keluarga, kawan (/)
4. Pengalaman (/)
5. Kedamaian jiwa (x)

Masih jauh perjalanan aku untuk mencapai kedamaian jiwa. Aku rasa aku jauh sekali hanyut dalam duniawi ini.Semoga diberi kesempatan mengecapinya. Dan semoga tahun-tahun ini diberkati dengan rahmat dan segala dugaan dihadapi dengan tabahnya. Jiayuk, Agnez!!! You are strong girl.


Peace,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...