Pages

Thursday, December 19, 2013

Beauty Stuff Review: Hansaegee Nature Product

Hai. ketemu lagi sekalian. Sy pada hari ini sungguh senang sekali ingin menuliskan blog nya ini karena udah lama kepingin mau berkongsi satu produk yg baru sy beli pada minggu lalu. Eyhhhh... belajar bahasa negara seberang aku ni. Well, banyakkan menonton drama indonesia secara x langsung dapat belajar bahasa mereka walaupun  x sefasih mereka la.

Cut! Just stop the crap, Agnez. =)

Hari tu aku adalah usha2 blog Fatin Liyana (click here) yg pemes tu, terjumpalah alah produk yg sgt femes di Korea. (betul ke? setakat ini aku blum jumpa lg testimonial dari retis korea yg pakai produk ni). Ada juga tgk beberapa reviewer pasal produk bagus gtu. Ini yg membuatkan hati membuak2 nak try juga. Jadi sangkutlah aku di website : www.hansaegee.com.

Tada.
Bought online from Hansaegee.com
Di atas adalah antara items yang telah dibeli secara online daripada website hansaegee. Mari kita senaraikan nama2 produk:

Urutan dari kiri ke kanan ya. :)
 1. Sulfur Blackhead Suction Nose Pack
 2.Collogen Impact Essential Mask
 3. I.P.I Lightmax Ampoule Mask
 4. N.M.F Aquaring Ampoule Mask
 5.  2 Steps Ampoule Mask (Free gift) ( I like free stuff. :3 Ngeee)

Teruja tau tak saat menerima parcel ni. Kalau boleh nak tempek semua masks ni sekaligus. (melampau pulak). 

Nak cuba juga! hehehe.. 

Sulfur Blackhead Suction Nose Pack





Dalam 1 kotak Nose Pack tu terdapat 10 keping dan 1 Pore Stamp Serum.


Fungsinya adalah menyahkan segala bintik2 hitam yg bertempek di sikitar hidung anda. Pertama, basahkan bahagian hidung dan tampalkan nose pack. Tujuan basahkan hidung adalah supaya nose pack tu lekat, dan bila dah lekat nanti, blackheads/whiteheads senang la kena tarik. Biarkan selama 15 to 20 minutes. Tamat masa dan cabut, ouchhh!! Agak lekat nose pack ni. Lepas cabut nose pack kita sapu dgn Pore Stamp Serum. Hasilnya, blackheads/whiteheads sudah disingkirkan dan pori2 pun mengecil. I like this product. Siap rekomen dgn kawan2 satu tempat kerja dan mereka pun baru saja menempah nose pack ini. 4 out of 5 star I give. 

I.P.I Lightmax Ampoule Mask





* Ingredients: AA2G, Arbutine, morus alba bark
* Use for freckles skin
* Effect: Improving bright-looking, moisturizing, vitality of skin

What is “I.P.I”?
~ Intense perfection light
~ Dermatologist use to make skin bright 

Sgt excited tengok dia punya packaging. Cute2 semua dalam bulk size. 

 
Pertama, cuci muka, dan apply toner (kalau ada) kerana ini akan memudahkan penyerapan. Buka bungkusan dan nampaklah sheet mask yang nipis ini. Mask ini amat berbau harum dan sejuk. Apply dekat muka dan biarkan selama 15-20 minit. Dalam menunggu masa tu boleh la tidur ka, dengar musik ka, baca novel ka. Boleh ambil baki2 essence dlm bungkusan buat moisturizer dan biarkan meresap ke dalam kulit muka. (x baik membazir tau :p).  Lepas pakai mask tu, boleh la apply toner lagi (kalau ada). Kesannya, kulit akan nampak sihat semula, lembab, dan selesa.  Mesti kau berangan macam retis korea lepas tu. (termasuk i ler tu hehe). Pemakaian sheet mask ni boleh la dilakukan sebelum tidur atau bila2 masa yang rasanya sesuai dgn masa korang. Untuk mendapatkan kesan yg menyerlah, pemakaian sheet mask ini digalakkan penggunaannya 3-4 kali dalam sebulan. :)

Dan utk pengetahuan semua, bukan hanya product Beauty Clinic Mediheal saja ada dijual tetapi Vacci Luxe Collection pun ada di mana barang make up seperti foundation, maskara, lipgloss, blusher dan sebagainya ada dijual. Yg penting, semuanya affordable to buy. 


Apa tunggu lagi, dapatkan produk kecantikan untuk menghasilkan kulit secantik ala-ala retis korea di Hansaegee.com




Peace,


 








 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...