Pages

Tuesday, August 23, 2011

Jauh Hati




Jauh hati.
Jauh berapa milimeter,meter or kilometer hati korang? Ada sedepa? Dua depa? Jauh sampai tak dapat dicapai lagi?
Apa punca hati korang jauh?
Jauh kerana kamu memang jauh dari korang sayangi? Jauh kerana hati korang dah melayang2 jauh? Atau jauh kerana hati korang memang jauh ke sudut sana sampai tak dapat dicapai??
Siapa hati korang yang jauh tgh malam ni? Tolong angkat tangan tinggi2. Sorry, aku tak nampak siapa2 pun yang angkat tangan sebab aku mmg tak dapat tgk pun. Aku kat sini, korang kat tempat lain2, of COURSE la tak nampak.
Kenapa aku jauh hati? Jap aku nak tanya hati aku ni kenapa dia jauh nun di sana.

Aku: Hati o hati, kenapa kamu jauh malam ni??
Hati: O tuan punya badan, kamu jauh hati kerana emosi kamu tu melebih2 menggedik.
Aku: Ye ke? Tak perasan pun emosi aku berubah ni.
Hati: Tuan, kamu tu tgh merajuk, sebab tu jauh hati dgn seseorang. Boleh tanya,tuan? Knapa jauh hati ni??
Aku: Erkk! Tanya la kat hati tu sendiri kenapa aku merajuk, hati lagi memahami perasaan aku ni.
Hati: Aku la pulak! Jap, aku scanning jap kenapa hati tuan aku ni jauh malam ni.
Aku: Dah dapaat jawapan???
Hati: Dah dapat Tuan. Hati tuan jauh kerana seseorang tu. Emmm, Tuan, kena bagitau ka nama seseorang tu siapa?
Aku: Tak payah la. Memang hati aku jauh kerana dia, tapi patut tak aku jauh hati macam ni?? Sebab aku bukan sebahagian dari hidup dia, jadi aku ni kira takda kaitan la dgn kehidupan dia. Dia layak berkawan dgn siapa2 yg dia nak. Perlukah aku cemburu wahai hati??
Hati: Tuan, ada satu peribahasa. "Ikut Hati Mati, Ikut Badan Binasa".
Aku: Maksudnya??
Hati: Jika Tuan turutkan kata hati, buruk padah nya. Pertimbangkan baik buruk dulu.
Aku: Jadi, aku perlu ikut kata Hati tadi or tak?? Kan tadi Hati cakap "Jika Tuan turutkan kata hati, buruk padah nya. Pertimbangkan baik buruk dulu."
Hati
: Tuan, pendek cerita, fikir baik2 dulu sebelum bertindak. Fikir dulu sebelum buat keputusan.
Aku: (Tersengih). Faham la hati. Aku tgh fikir la ni. Hmmmm.

Kepada seseorang yg buat aku jauh hati. Aku tak marah sebenarnya,cuma aku agak cemburu. Cuma aku rasa aku orang asing di antara kalian. Jangan risau, kamu my GF terbaik aku. Aku senang berkawan dgn kamu. Tentang hati aku yg jauh, aku akan pujuk hati ini supaya hati akan faham. Tak mahu ada salah faham antara kita gara2 hati aku yang jauh ni. TQ.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...