Pages

Tuesday, August 31, 2010

SaHAbat








Akukah sahabatmu?

Dan engkaukah sahabatku?

Masih adakah nilai sebuah persahabatan
dalam perhubungan?

Ataukah hanya sekadar hubungan menumpang bila memerlukan?

Sahabatkah gelaranmu wahai,teman?

Bila keegoan mula menular,

keegoan mula menapak antara kita.

Masihkah dirimu itu sahabatku?

Bila kita saling bertentangan bertanyakan soalan,

bertanyakan jawapan,

bertanyakan kejujuran,

bertanyakan keikhlasan dalam hubungan kita.

Persahabatan janganlah dipersendakan nilainya,

kerana persahabatan banyak mengajar kita dalam kehidupan dan
pergaulan seharian.

Bukan meminta balasan,
tetapi meminta pengertian dari sesetengah pihak
bahawa hubungan itu pengikat antara kita.

Dan dalam manisnya persahabatan,
biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.

Hargailah hubungan kita agar kekal selamanya persahabatan antara kita.


Daripada Sahabatmu, Agnes!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...